05 January 2024

AL-FATIHAH - HAMDAN SENARIO DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada keluarga pelawak yang merupakan anggota kumpulan Senario iaitu Hamdan Ramli, 54, atas pemergiannya yang disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengahari, hari ini.
Pemergian Hamdan itu disahkan rakannya yang juga anggota Senario, Azlee Jaafar yang memaklumkan, jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, jam 12.50 petang tadi. Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah.

Klik untuk gambar besar
"Saya sudah menguruskan van jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh. Kami menjangkakan jenazah akan tiba sekitar jam 8 malam, tapi bila akan dikebumikan belum pasti. Itu perlu tanya keluarga arwah dahulu," katanya.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.
Sejak Ahad lalu, Hamdan telah ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), HSA kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Pada hari tersebut juga, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.

Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: