05 January 2024

NAFI ADA HUBUNGAN ISTIMEWA - FINALIS HERO REMAJA, EVERTTS TAK TOLAK JIKA ADA JODOH DENGAN SYASYA DOLLA



"Kami sebenarnya hanya berkawan baik, tiada yang istimewa. Kami berkawan bermula dari video lakonan saya yang tular di media sosial. Dalam video itu, saya berlakon menjadi peminat Syasya Dolla."
Demikian jelas finalis Hero Remaja, Evertts Gomes yang menafikan dia dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya mempunyai hubungan istimewa.

Kata Evertts atau nama sebenarnya Everrts McClane Gomes, 26, dia dan Syasya sekadar berkawan baik dan selepas itu mereka mula lebih banyak berkomunikasi dan mempunyai banyak persamaan yang membuatkan mereka selesa untuk berkawan.

"Kami ada banyak persamaan. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari satu ketika dulu. Ramai yang mendoakan kami dan sekiranya satu hari nanti kami ditakdirkan berjodoh, saya tidak menolak.

"Namun, jika berlaku sebaliknya, kami akan tetap berkawan dan masih dapat melihat kami sebagai satu pasangan duo," ujarnya.

Spekulasi daripada warganet muncul apabila sering melihat Evertts mengadakan sesi siaran langsung di platform media sosial bersama Syasya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: