10 January 2024

"SAYA TAK SUKA ORANG MEMAND4I-MAND4I CAKAP BEGITU..." - PUTERI SARAH NAFI DAKWAAN BAKAL KAHWIN



"Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitn@h.

"Kami hanyalah rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memand@i-mand@i cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.

"Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitn@h.

"Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang itu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu."

Itulah ujar pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, yang mengakui tidak selesa apabila namanya 'dipetik' dan dikatakan bakal berkahwin dengan rakan perniagaan yang juga pelakon Indonesia, Andi Arsyil, 37.

Kata Sarah, tindakan seorang individu yang memetik huruf PSL yang mewakili namanya dikatakan bakal berkahwin, menimbulkan fitn@h.

Klik untuk gambar besar

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia dan Andi bersiaran langsung di platform media sosial TikTok, untuk menjual produk jualan mereka.

"Saya buat siaran langsung pun, sebab saya jual barang di TikTok. Tapi, itu bukan alasan untuk kamu nak buat lawak dan keluarkan kenyataan mengatakan saya nak kahwinlah atau apa," tuturnya

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan berkahwin dalam masa terdekat sekiranya dipertemukan dengan jodoh baharu, Puteri Sarah memberitahu, sekarang bukan masanya kerana mahu fokus kepada anak-anak dan perniagaan.

"Bukan sekarang. Belum lagi masanya. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.

"Sekarang, alhamdulillah selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater, memang saya 100 peratus tumpukan kepada perniagaan," kata bekas isteri pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: