26 January 2024

TAK JADI DITIDURKAN KALI KEDUA - AMYZA AZNAN KATA SUAMI TERPAKSA MENJALANI DIALISIS SEUMUR HIDUP



"Pada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua semalam, tetapi tidak jadi.
"Bagaimanapun, suami perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah ros@k sepenuhnya, selain t0ksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan."

Demikian kata pelakon Amyza Aznan yang memaklumkan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, tidak jadi ditidurkan, tetapi kondisinya agak kurang baik.

Jelas Amyza, suaminya yang mengalami keros@kan buah pinggang itu kini terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Tambahnya lagi, berikutan keadaan suami yang turun naik, dia kini berada dalam pemantauan doktor.

"Sekarang, suami sedar, tapi lemah. Semalam (kelmarin) keadaannya agak merisaukan," katanya lagi.

Terdahulu, suami Amyza dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: