25 January 2024

SAJAT KATA DIA BUKAN SAH KANS£R TAPI HANYA DISYAKI



"Saya hanya disyaki hidap kans£r bukannya betul. Doktor syak ada kans£r sebab terkejut tengok saya kurus mendadak sebab dia kenal saya.
"Dia tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan juga CT Scan.

"Biasalah doktor dekat sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun dia tahu kita ada kad kesihatan jadi dia nak buat 'claim' lah tu."

Demikian jelas pempengaruh yang juga usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi siaran langsung itu, Sajat menafikan dirinya menghidap kans£r, sebaliknya doktor hanya mengesyaki dia menghidap penyakit berbah@ya itu berikutan berat badan turun mendadak.

Kata Sajat, dek kerana perubahannya itu, doktor menyarankan dia menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta menjalani Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).

Tambahnya lagi, mungkin kerana mengikuti kelas tarian, menyebabkan berat badannya turun dan pada masa sama dia turut menukar rutin diet harian.

"Saya kurus sebab masuk kelas menari, lepas itu saya juga tukar rutin diet. Doktor sini akan tanya macam-macam, bila tengok kita kurus, dia akan susp£k bukan-bukan.

"Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun anda semua bukan sayang saya pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Sajat juga memberitahu, ada kala dia berasa tert£kan apabila berat badannya yang semakin susut dipersoalkan setiap kali tampil bersiaran langsung di TikTok.

"Anda semua pun asyik tanya sama ada saya s@kit? Benda itu buatkan saya jadi em0si, sudahlah saya seorang diri di sini.

"Di sini doktor cakap saya s@kit, anda pun asyik cakap yang sama. S@kit hati pula saya dengar, saya harap ia sekadar andaian bukan betul-betul," kata Sajat yang sebelum ini memaklumkan, dia sedang s@kit kans£r dan menunggu aj@l.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: