25 January 2024

IBU KANDUNG TUNTUT TARIK BALIK KENYATAAN, MOHON MAAF & PADAM GAMBAR MUSA - NOH SALLEH ENGGAN ULAS : "SAYA 'BUSY' SEKARANG"



"Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kec£wa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipul@si dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).
"Saya juga kec£wa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan 'Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.'

"Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.

"Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga."

Itulah kata ibu kandung kepada Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira, dimana dia menuntut penyanyi Noh Salleh menarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada bekas isterinya, aktivis kemanusiaan Mizz Nina daripada media sosial dalam tempoh 24 jam.

Ujar Athira, vokalis kumpulan Hujan itu juga perlu memohon maaf atas kek£liruan yang ditimbulkan dalam kenyataanya di program Melodi baru-baru ini, dimana Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.

Susulan kenyataan itu, Athira mendakwa dirinya dimanipul@si oleh Noh. Tambahnya lagi, tindakan penyanyi tersebut dianggap melangg@r perjanjian yang sudah dibuat antara mereka sejak daripada awal lagi berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.

"Ingin dijelaskan, saya dimaklumkan mengenai Instagram Noh di mana saya rasa sangat kec£wa sebab dia tunjuk muka Musa.

Klik untuk gambar besar
"Dalam kes ni apa yang buat saya kec£wa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.

"Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya.

"Sekiranya dia gag@l berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," tuturnya lagi.

Sementara itu, Noh ketika ditanya mengenai tuntutan ibu kandung Musa itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut.

"Tak nak. Saya 'busy' sekarang," kata Noh atau nama penuhnya, Mohammad Noh Salleh, 39, secara ringkas.

Terdahulu, Noh membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur pencvlikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

"Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu per£butan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.

"Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitn@h t£ruk," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: