"Malam semalam (Sabtu) dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya.
"Dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.
"Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Noh memaklumkan, dia telah pun menyerahkan anak angkat lelakinya, Musa kepada bekas isterinya, Mizz Nina pada Sabtu lalu.
Meskipun berat hati, kata Noh, dia menghormati keputusan mahkamah selepas Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim.
Jelas Noh lagi, tiada sebarang per£butan berlaku serta percaya dengan jalan perdamaian kerana apa yang penting baginya adalah kesihatan ment@l dan fizikal anak angkatnya.
"Tiada sebarang insid£n per£butan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan ment@l dan fizikal Musa.
"Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang sp£kulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian," tulisnya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment