15 January 2024

UQASHA SENROSE : "SAYA LEBIH BERHATI-HATI SELEPAS MENGALAMI DUA KALI KEGUGURAN"



Umum sedia maklum mengenai pelakon Uqasha Senrose yang baru- baru ini berkongsi berita gembira dimana dia kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan bersama pelakon Kamal Adli.

Berhubung kehamilannya itu, Uqasha memberitahu, dia lebih berhati-hati untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum, selepas pengalaman dua kali mengalami keguguran.

Kata Uqasha yang dijangka melahirkan cahaya mata sulung tahun ini, dia hanya bersedia berkongsi kehamilannya itu selepas kandungan berada dalam keadaan sihat dan kuat.

"Saya lebih berhati-hati selepas mengalami dua kali keguguran. Apabila orang tanya, saya tidak pernah buka mulut walaupun mereka sudah nampak bentuk 'baby bump', lebih-lebih lagi ketika siaran langsung di media sosial.

"Saya hanya berani umumkan hari ini selepas kandungan sudah benar-benar kuat dan sihat. Lagipun saya kena berhati-hati dengan peny@kit 'Ain'.

"Saya tak tahu kalau ada orang yang d£ngki, tak suka atau gembira dengan kehamilan saya selain bimb@ng jika kehamilan ini akan menggur1s hati pihak yang sekian lama berusaha dan menunggu detik ini.

Klik untuk gambar besar

"Jadi saya tak nak bagi orang terasa dan nak menjaga hati dan perasaan mereka," ujar Uqasha yang turut meluahkan rasa bersyukur kerana sepanjang kehamilan ini tidak berdepan sebarang al@han t£ruk.

"Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang al@han termasuk al@han m@buk hamil. Malah, saya juga tidak mengidam makanan atau benda p£lik.

"Cuma sepanjang tiga bulan ini saya terpaksa berpisah dengan suami kerana dia terikat dengan komitmen kerja di beberapa negeri," kata pelakon yang popular dalam drama 'Perempuan Tanpa D0sa' itu.

Sebelum mengumumkan berita kehamilannya, Uqasha juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal 2022 dan sekitar November pada tahun sama.

Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: