15 January 2024

TERJATUH BERMAIN BOLA SEPAK - HAZIQ HUSSNI ALAMI PATAH PERGELANGAN TANGAN



"Ia berlaku selepas saya menjaring gol dan kemudian silap 'landing' menyebabkan keced£raan itu. Sebaik sahaja ke hospital, doktor mengesahkan pergelangan tangan saya patah dan mengalami disl0kasi.
"Sewaktu doktor betul kedudukan akibat dislokasi itu, s@kitnya tidak terhingga. Tangan saya terpaksa disim£n daripada pergelangan sehingga bahagian siku."

Itulah kata pengacara Haziq Hussni, 34, yang mengalami keced£raan patah pergelangan tangan selepas terjatuh sewaktu bermain bola sepak, semalam.

Jelas Haziq atau nama penuhnya, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, dia tidak pernah merasa kes@kitan sedemikian terutama ketika doktor merawatnya.

Tambahnya lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan memasukkan besi pada pergelangan tangannya dan proses kesembuhan mungkin ambil masa sehingga dua bulan.

"Sekarang saya perlu tunggu bengkak itu reda dan kemudian masukkan besi. Doktor cakap paling-paling enam minggu hendak sembuh kerana luk@ pembedahan itu perlu penjagaan rapi," kata Haziq.

Bagaimanapun, pengacara itu memberitahu, dia masih akan teruskan kerja-kerja seninya asalkan tidak membabitkan pergerakan fizikal ekstr1m.

"Saya kena susun jadual balik kalau kerja membabitkan penggambaran kerana pada bulan depan ada terbabit drama. Tapi untuk kerja pengacaraan tiada mas@lah, saya boleh saja buat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: