21 February 2024
AKH1RI KEM£LUT - ALI PUTEH MINTA IZIN HIDAYAH MAHU CIUM ANAK BUAHNYA SELEPAS 4 TAHUN TAK JUMPA
"Assalamualaikum, salam Pak Ngah. Salam ni kakak, ni adik. Hamzah, Pak Ngah tak ada apa nak bagi. Ini duit belanja Hamzah.
"Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama. Boleh saya cium dia ya? Empat tahun saya tak jumpa dia."
Ujar pelawak Ali Puteh ketika perjumpaan dengan kakak iparnya, Nor Hidayah, dimana dia turut bertemu dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun tidak bertemu.
Dalam pertemuan tersebut, Ali turut memperkenalkan dirinya kepada Hamzah serta meminta izin untuk memeluk dan mencium anak saudaranya itu.
Selepas sekian lama tidak berjumpa, Ali dilihat sebak apabila memberitahu, itu pertama kali dia bertemu anak kepada abangnya, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Semua sedia maklum, Ali baru-baru ini datang ke rumah kakak iparnya itu bagi melunaskan wang sam@n sebanyak RM75,000 seperti diperintahkan mahkamah.
Menerusi sesi live di TikTok, Ali bertemu dengan Hidayah bagi menghakhiri kem£lut yang berlaku antara mereka, selain turut tampil dengan surat ak@un penerimaan dan dalam surat berkenaan pelawak itu berharap tiada lagi dakwaan timbul berkaitan urusan hut@ng selepas ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment