KUALA LUMPUR :20 February 2024, KOPSTAR (Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad) telah menjalankan program berbentuk bengkel Penulisan Lirik dan Pencipta Lagu yang diberi tajuk Bengkel Karya Nadi Seni, bertempat di KL City Art Galeri.
Bengkel selama 2hari ini adalah julung kali diadakan, yang mana ia melibatkan gabungan kreativiti Pelukis, Penulis lirik dan Pencipta Lagu.
Bagi memastikan kualiti penulisan mengikut piawaian yang diperlukan oleh KOPSTAR, Penulis lirik tersohor Datuk Habsah Hassan telah dijemput menjadi ahli panel penganalisis lirik bagi memastikan kualiti penulisan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Selain itu KOPSTAR mendapat kerjasama rakan strategik Nakhoda Alam Resources dan Persatuan Karya Seni Jalanan Malaysia (MSA). Turut menyumbang sebagai rakan strategik bagi program ini adalah Aberdeen dan Opah Campak jer.
Klik untuk gambar besar
Bengkel Karya Nadi Seni ini juga menjadi salah satu tanggungjawab KOPSTAR dalam usha merialisasikan sesioseni dalam memertabatkan mutu Karya ke arah intergreti yang lebih cemerlang. Dengan adanya perlaksanaan bengkel ini, ia mampu menjana ekonomi semasa dan industri Seni tanah air yang turut melibatkan diri mempromosikan hasil Karya mereka ke arah platform mereka ke platform digital, media massa dan elektronik dalam mahu pun Peringkat antarabangsa.
Antara peserta yang terlibat mengambil bahagian dalam program Bengkel Karya Nadi Seni ini adalah Salman Shariff (komposer & Penulis lirik), Marlin Parkabaran (Singer song writer), Zulkifli Mohamad (Zack Kool (Penyanyi & Pelakon), Rosli Selasih (Komposer), Mohammad Raziff (MBSa), Nami Harez (MSA), Juliana Aminah (Pemuisi), dan Ito Lara.
Yang Berminat menyertai boleh layari laman sesawang KOPSTAR www.kopstar.com.my.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment