20 February 2024

"TERIMA KASIH YA ALLAH, KAU BERI KAMI KEKUATAN" - LAN PET PET RASA 'DOWN' BILA DIUJI PERIUK BELANGA TERMASUK PERALATAN MASAK LAIN KENA CVRI



Menerusi video yang dimuatkan menerusi Instagram, pelawak dan pelakon Lan Pet-Pet yang memberitahu, dia telah diuji apabila peralatan untuk memasak dicvri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kata Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 54, persiapan untuknya berniaga di Kulim pada 19 hingga 25 Februari ini terganggu disebabkan kejadian tersebut.

Meskipun berdepan dengan ujian itu, Lan bagaimanapun berjanji akan tetap berada di karnival makanan terbabit dan menyediakan masakannya kepada pengunjung nanti.

"Tak tahu nak cakap macam mana, periuk, belanga, kami nak buat persiapan untuk buat Beriani Paipon semua telah dicvri. Terima kasih ya Allah, Kau beri kami kekuatan.

"Saya berdoa kepada Allah SWT permudahkanlah Nasi Paipon Uncle Lan. Orang Kulim, saya janji saya akan tunai tapi kamu tolong berdoa untuk saya dan kru saya.

"Fasal saya dah buat persediaan untuk orang Kulim tapi Allah uji kami. Doa kamu itu Insya-Allah, Nasi Beriani Paipon akan sampai ke tangan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Lan turut memohon doa kepada Allah agar merahmati perniagaan yang dijalankan serta memberikan kekuatan buat mereka berdepan ujian ini.

Melihat pada ruangan komen pula, ramai selebriti antaranya Didie Alias dan Yassin Senario serta peminat meminta Lan tabah serta terus dimurahkan rezeki.

Tambah Lan lagi, kecvrian itu membabitkan periuk besar bersaiz 90 sentimeter sebanyak tiga unit yang diletakkan di kedai di Alor Setar, Kedah. Kata Lan, bukan hanya periuk, malah motor mesin kac@u kuah, kab£l dan pelbagai lagi turut kena cvri.

"Kedai tutup kerana saya dan team pergi berniaga di Kuantan. Setiap biji periuk ini satunya berharga RM1,200. Team saya dah buat laporan polis.

"Barang lain yang dicvri ialah motor mesin kac@u kuah, kab£l dan pelbagai lagi. Anggaran nilai kecurian lebih RM10,000.

"Yang saya 'down' sangat, semalam (kelmarin) saya nak ambil periuk kerana nak mula berniaga di Kulim hari ini (semalam), tengok-tengok periuk semua tiada," tuturnya dalam nada sebak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: