20 February 2024

NYANYIAN NABILA RAZALI DI TMSM4 BUAT NETIZEN TERKEJUT, DIPUJI SEMAKIN MANTAP



Program realiti hiburan The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) baru sahaja berakhir Ahad lalu dengan menobatkan maskot Bunga Matahari iaitu penyanyi Stacy sebagai juara.
Apa yang lebih menarik perhatian, ramai yang tidak percaya identiti disebalik maskot Teratai adalah penyanyi Nabila Razali.

Ini kerana sebelum ini, Nabila sering menerima kec@man netizen berikutan tidak boleh menyanyi dengan baik ketika live, namun berbeza di program tersebut apabila mendapat pujian juri setiap minggu.

Malah, juri program tersebut turut terkejut dengan perubahan vokal Nabila serta kagum dengan nyanyian penyanyi itu yang semakin mantap.

Sementara itu, diruangan komen pula, rata-rata netizen tidak menyangka suara Nabila banyak perubahan serta berharap agar penyanyi itu terus belajar untuk menjadi lebih baik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Nabila juga telah membuktikan bahawa dia juga seorang penyanyi yang bagus, selain ada yang berselor0h Nabila kena menyanyi pakai topeng barulah suara power.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: