23 February 2024
LEPAS DAPAT RUMAH BARU, ROSS ARIFFIN MASUK HOSPITAL?
Pemuzik dan komposer terkenal, Ross Ariffin, 62, ketika dihubungi bagi bertanyakan persiapan dirinya untuk masuk ke rumah baharu itu enggan berkata, sebaliknya memberitahu dia kini berada di hospital.
"Maaf, saya sekarang ini di hospital," demikian mesej ringkas dikirim Ross atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil, ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini, Ross ketika dihubungi baru-baru ini, mengesahkan dia menerima kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Muhibbah di ibu kota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur menerima kediaman itu yang disifatkan bagus dan sangat bermakna buat dirinya untuk meneruskan sisa kehidupan, sekali gus keluar daripada status geland@ngan sejak lebih tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan penjelasan Ross berhubung keadaan kesihatannya yang sebenar tidak berhasil apabila kiriman mesej WhatsApp hanya dibaca, manakala panggilan telefon pula tidak dijawab.
Difahamkan, Ross menerima kediaman DBKL itu selepas dia mengajukan permohonan secara terus mengenai hasrat ingin memiliki rumah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Ross meluahkan hasrat itu kira-kira tiga minggu lalu sewaktu dia menerima kunjungan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang tampil bertemunya untuk mengenali lebih dekat selepas kisah hidupnya jadi geland@ngan tular di media sosial.
"Alhamdulillah, rezeki daripada Allah apabila saya menerima kediaman yang bagus untuk didiami tidak lama lagi. Kunci rumah, mungkin dapat minggu depan.
"Rumah ini sangat bermakna kepada saya untuk berteduh dan sebagai permulaan yang baik bagi saya untuk kembali berkarya," katanya yang juga berharap semuanya baik-baik serta lancar.
Ross yang berasal dari Melaka dan sudah selesa menetap di ibu kota itu berkata, tiada apa lebih menggembirakannya ketika ini, selain daripada berita mendapat rumah PPR Muhibbah itu.
Ketika aktif dalam karier seni, Ross pernah menyertai orkestra di London sebagai pemain biola dan pemuzik undangan, termasuk dia juga mencipta lagu untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.
Antara lagu popular ciptaan Ross ialah 'Dia, Kemaafan Dendam Yang Terindah' serta 'Kau dan Aku' nyanyian Ning Baizura yang memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Pop Rock pada 1995.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment