08 February 2024

MAHU BERI KEJUTAN - JOHAN AS'ARI MASIH 'RAHSIAKAN' SIAPA 'N' KEKASIH HATINYA



Semua sedia maklum mengenai pelakon Johan As'ari, 38, yang sudah pun mempunyai kekasih hati dikenali sebagai 'N', namun sehingga kini, dia masih 'merahsiakan' mengenai kekasihnya itu.
Jelas Johan, dia akan mendedahkan identiti wanita yang sudah menambat hatinya itu apabila tiba masanya, selain mahu menyimpan sebagai kejutan.

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengambil berat. Tapi, saya nak simpan sebagai kejutan. Saya akan beritahu bila tarikhnya sudah tiba. Biar kejutan barulah seronok," ujarnya.

Tambahnya, dalam era media sosial seperti sekarang, dia harus berhati-hati bagi mengel@kkan perkara yang tidak diingini.

"Dalam zaman media sosial seperti sekarang, bagus kalau kita sentiasa berhati-hati. Tapi, bukanlah sebab peny@kit Ain atau apa," katanya.

Kongsi Johan lagi, kekasihnya itu sememangnya faham akan kariernya sebagai pelakon dan perhatian yang diterima daripada peminat.

"Dia okay dan faham karier saya sebagai pelakon. Dia memang 'sporting'," tuturnya yang kini kembali mencipta nama di kaca TV menerusi drama bersiri slot Samarinda iaitu 'Menanti Senja'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: