15 February 2024

MASIH BOLEH MEMANDU KERETA DI USIA EMAS - MARGARET GAN TAK MAHU 'SKILL' PEMANDUANNYA HILANG AKIB4T RASA GUGUP



"Saya bersyukur masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Tuhan. Malah, saya juga boleh lagi memandu kereta, tapi dalam jarak dekat-dekat sajalah.
"Kalau jauh-jauh itu, saya ambil kerata 'grab', lebih selesa. Saya kadang-kadang memandu sebab tak nak 'skill' pemanduan hilang kalau lama sangat tak 'drive', mesti rasa kurang selesa.

"Katakanlah tiga bulan tak memandu, bila pegang stereng kereta semula mesti gugup dan tiba-tiba rasa t@kut dengan jalanraya, jadi saya tak mahulah itu berlaku."

Demikian tutur pelakon veteran, Margaret Gan, 81, yang menjelaskan, dia masih boleh memandu kereta dalam jarak dekat, berikutan tidak mahu 'skill' pemanduannya hilang akib@t rasa gugup.

Akui sudah terbiasa berdikari, selain masih sihat serta daya penglihatan juga dalam keadaan baik, Margaret berkata, sebagai individu yang mempunyai kenderaan sendiri dan membayar cuk@i jalan setiap tahun, wajar untuk dia memandu kenderaaan, serta lebih berhati-hati di jalanraya.

"Saya pun tidaklah memandu secara melebihi kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berku@sa. Kita tahu pun tahu dan menghormati undang-undang serta utamakan keselam@tan.

"Cuma, tujuan memandu itu pun sekadar mahu terus membiasakan diri saja. Apatah lagi, saya pun dah dua tahun tidak dapat apa-apa tawaran berlakon," katanya.

Sementara itu, Margaret dalam masa sama turut mengulas sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, dimana dia hanya menziarahi sanak saudara saja yang kebanyakannya menetap di sekitar Lembah Klang kerana memang berasal dari Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Margaret yang mempunyai seorang anak lelaki dan dua cucu, kini sudah memeluk Islam, sejak dua tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: