18 February 2024

PILIH HOSPITAL KERAJAAN BERBANDING SWASTA - TOM SELAMAT TIMANG ANAK PEREMPUAN PERTAMA SELEPAS AL4MI KOMPL1KASI T£RUK



Pada pukul 2.30 awal pagi tadi, penyanyi Tom telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, selepas melalui pelbagai kompl1kasi kehamilan.

Lebih manis, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, tidak merahsiakan wajah comel bayi perempuannya yang diberi nama Anggun itu.

"Saya sudah cuba bersalin normal tetapi terpaksa melakukan pembedahan sebab banyak kompl1kasi. Ini kali pertama dikurniakan anak perempuan, rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah bayi sihat," katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Fuad Fahman ini juga meluahkan rasa teruja melihat keseronokan suaminya yang teruja menerima anak perempuan.

"Anggun manja dengan bapanya. Syukur dapat lahirkan bayi perempuan untuk Fuad," ujar Tom yang turut berkongsi, dimana dia mengal@mi beberapa kompl1kasi seperti gula dalam darah tinggi, berat badan kurang dan bayi agak besar sehingga disarankan untuk bersalin lebih awal.

Sementara itu, Tom juga memberitahu, dia melahirkan cahaya mata perempuannya itu lebih awal dari jangkaan yang sepatutnya pada 24 Februari ini selepas kandungannya mengal@mi pelbagai kompl1kasi.

Tom yang memilih bersalin di hospital kerajaan berbanding hospital swasta ini menerusi perkongsian di TikTok, berkongsikan anaknya sebelum ini dilahirkan di hospital kerajaan dan baginya mana-mana hospital sama sahaja dalam masa yang sama dapat berjimat.

Malah, Tom turut berkongsikan pengalamannya bersalin di hospital kerajaan, selain memuji layanan di hospital tersebut. Tambahnya lagi, duit yang ada boleh digunakan untuk keperluan bayi.

Klik untuk gambar besar

"Pada saya mana-mana hospital sama sahaja. Dekat hospital kerajaan pun saya boleh minta ep1dural. Malah saya sudah biasa beranak di hospital kerajaan, anak-anak saya yang sebelum ini semua hospital kerajaan.

"Saya sayang duit, beza swasta dan kerajaan bukan beza sedikit tapi banyak. Saya pernah periksa kalau bersalin normal di swasta harganya RM6000 hingga RM7000. Saya dulu duduk lima hari bersalin dekat hospital kerajaan siap dapat ep1dural bayar RM24 sahaja. Rasa s@kit sama sahaja.

"Layanan hospital kerajaan pun bagus. Saya bukan nak ked£kut, tetapi saya rasa duit itu boleh guna untuk keperluan lain seperti barang-barang bayi. Duit nak cari bukan senang," tuturnya.

Selain itu, Tom turut mendedahkan, dia ada menerima mesej daripada pengikutnya dimana mereka bertanyakan mengapa dia tidak bersalin di hospital swasta.

"Kadang-kadang ada juga yang mesej saya tanya kenapa saya artis tetapi bersalin di hospital kerajaan, saya jawab artis pun boleh apa beranak dekat kerajaan," katanya.

Pada 25 Februari tahun lalu, Tom dan Fuad yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan selamat mendirikan rumah tangga di Batam, Indonesia.

Untuk makluman, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Sementara Fuad pula, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: