"Bila dia kata nak jumpa anak, saya pun happy dan akan ambil Ameena pada 1 Mac nanti, Insya-Allah. Saya sebagai seorang ibu bagi sajalah dia (bekas suami) ambil.
"Lagi cepat dia ambil pun tak apa. Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku."
Itulah kata pelakon Shakilla Khoriri yang terbuka hati untuk menyatukan kembali anak mereka iaitu Ameena Sofia dengan bapanya, Fizi Ali selama empat hari selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.
Ujar Shakilla, dia turut gembira kerana bekas suaminya yang merupakan penyampai radio itu menyatakan keinginan untuk berjumpa dan mengambil Ameena pada 1 Mac ini.
Tambah pelakon itu lagi, dia enggan perbal@han berpanjangan kerana sekaligus menyebabkan anaknya terk£san, apatah lagi Ameena masih lagi kecil.
"Saya buat ini untuk menjaga 'ment@l he@lth' Ameena sebab saya tak nak dia terk£san dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesal@han ibu ayah dia sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku hari ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun. Apa yang berlaku hari ini tak bagus untuk dia," tuturnya.
Difahamkan, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.
Berhubung hal itu, Fizi menitiskan air mata apabila bakal bertemu dengan anak perempuannya itu selepas hampir tiga bulan terpisah.
Sementara itu, sebutan kes hadanah kekal yang difailkan Fizi akan didengar semula pada 19 Mei depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment