Nama Marissa Dania sebelum ini hangat diperkatakan selepas didakwa sudah bernikah lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua.
Selepas dua minggu isu nikah Marissa hangat diperkatakan, ibunya iaitu penyanyi dan pelakon Abby Abadi ada memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya dan ia menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian itu, Abby dilihat memuat naik video berkumpul bersama keluarga Norman Hakim iaitu bapa kepada Marissa dan turut kelihatan anak perempuan mereka itu.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ibu mana yang tidak sayang pada anak mereka, selain menyifatkan Abby dan Norman ibu bapa yang hebat.
Malah, ada yang sebak melihat ikatan kekeluargaan keluarga itu, meskipun dilanda dengan ujian dan masih bersabar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment