28 February 2024

SELEPAS PEMB£DAHAN BARI4TRIK - JASMIN HAMID JALANI PROSES BERPANT4NG



"Dalam sebulan pertama ini, saya tak boleh makan makanan p£jal lagi. Jadi, kena berpant@ng. Sejak selesai pemb£dahan, saya hanya boleh minum air biasa, air kelapa dan susu protein sahaja untuk tenaga.
"Dalam sehari, sekurang-kurangnya saya kena minum antara 2.6 hingga 3 liter air supaya tidak terdehidr@si. Masuk minggu kedua, barulah saya boleh perlahan-lahan mula makan makanan p£jal yang lembut seperti taufu dan sebagainya."

Ujar pelakon Jasmin Hamid yang memberitahu, dia perlu menjalani proses berpant@ng daripada makan makanan p£jal selama sebulan selepas menjalani pemb£dahan bari@trik pada 22 Februari lalu.

Jelas pelakon berusia 52 tahun itu, doktor menasihatkannya agar menjaga pemakanan dan perutnya memandangkan masih lagi dalam minggu pertama selepas pemb£dahan.

Tambahnya lagi, ini adalah pengorbanan yang perlu ditempuhinya demi menjaga kesihatan tubuh badannya untuk jangka masa panjang.

"Saya perlu meng£had dan menjaga pemakanan saya sebab nak sihat. Daripada satu hari nanti saya s@kit dan tak dapat makan apa-apa langsung, baik saya mula jaga dari sekarang.

"Menurut doktor, berat saya akan turun antara 15 hingga 20 kilogram selepas ini dengan syarat, saya kena jaga pemakanan.

"Kalau tak jaga, kemungkinan untuk berat saya naik dua kali ganda adalah tinggi. Jadi, tak bermakna kalau kita menjalani pemb£dahan bari@trik, kita akan kekal kurus.

"Selain itu, doktor juga menyarankan agar saya melakukan aktiviti berjalan kaki untuk jantung sebab saya tak boleh melakukan senaman berat," katanya.

Pada minggu lalu, Jasmin menjalani pemb£dahan bari@trik di sebuah hospital swasta di Bangsar selepas menerima nasihat doktor dan lulus ujian kesihatan jantung yang sebelum ini berdepan k0mplikasi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: