28 February 2024

BELAJAR DALAMI ISLAM SEJAK 7 TAHUN LALU DENGAN KERELAAN HATI - PELAKON KENJI SAWAHI HARAP ADA REZEKI PEROLEH HIDAYAH ALLAH



"Saya sudah belajar mendalami Islam sejak tujuh tahun lalu. Apa dilakukan ini dengan kerelaan hati saya dan sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal."


Demikian kata Kenji Sawahi atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah, dimana pelakon itu menjelaskan, dia sebenarnya sudah belajar mendalami agama Islam sejak tujuh tahun lalu dengan seorang ustaz yang juga rakan baiknya.

Pelakon berusia 61 tahun ini memberitahu, dia belajar mendalami Islam dengan kerelaan hati kerana amat berminat dengan agama itu, selain tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

Dalam pada itu, Kenji atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah, berharap semoga dia diberikan rezeki memperoleh hidayah daripada Allah.

Tambahnya lagi, sejak kecil dia sudah terbiasa dengan Islam selepas dibesarkan oleh datuk dan neneknya di perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis kerana ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.

Malah ujar Kenji, datuk dan neneknya turut menghormati agama Islam dan disebabkan itu sifat ingin tahu mengenai Islam berterusan sehingga sekarang.

"Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada mas@lah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.

Klik untuk gambar besar

"Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging kh1nzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekot0ran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.

"Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan," tuturnya.

Selain itu, ditanya pula mengenai dirinya yang masih segak hingga kini, pelakon ini meluahkan rasa syukur Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepadanya dan rezeki tidak putus dalam lakonan, meskipun kini berstatus warga emas.

"Syukur saya masih sihat dan tiada peny@kit tiga ser@ngkai itu (kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung). Pada usia yang sudah 'emas' ini, saya memang menjaga pemakanan harian serta bersenam untuk kesihatan.

"Lagi pun, saya tidak suka orang panggil lelaki yang sudah berumur macam saya ini warga emas sebab saya masih kuat, sihat, bertenaga, aktif dan boleh bekerja," jelasnya yang masih tenang hidup membujang.

Sementara itu, Kenji yang sudah empat dekad berkecimpung dalam karier seni ini amat bangga menjadi anak Malaysia yang hidup dalam keadaan baik dan tent£ram tidak kira kaum dan sentiasa membicarakannya dengan orang asing apabila 'shooting' (menjalani penggambaran) di luar negara seperti China.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: