28 February 2024

BAKAL BERSALIN PERTENGAHAN APRIL DEPAN - PUTERI AISHAH BERSYUKUR PERSEDIAAN SAMBUT KELAHIRAN ZURIAT SULUNG BERJALAN LANCAR



"Dari segi persiapan, tak terlalu banyak sangat memandangkan saya dan suami pun baru pertama kali nak menimang cahaya mata.
"Jadi, kami tak tahu nak beli apa dan kena pastikan barang apa yang penting untuk ada terlebih dahulu. Setakat ini, kami masih belajar-belajar, jenama apa yang bagus."

Itulah tutur pelakon Puteri Aishah Sulaiman, 30, yang mengakui masih lagi belajar mengenai barang keperluan bayi bersama suaminya, Muhammad Firdaus, sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran putera sulung mereka tidak lama lagi.

Puteri yang kini hamil tujuh bulan anak pertamanya itu turut berkongsi mengenai perkembangan terkini kehamilannya, dimana dia meluahkan rasa syukur kerana trimester ketiga ini berjalan dengan lancar.

"Sekarang, dah masuk bulan ketujuh kehamilan. Alhamdulillah, selepas trimester kedua, keadaan saya dah okay.

"Tak seperti ketika dalam trimester pertama di mana, saya rasa terk£san sampai rasa seperti tak mahu keluar dari rumah, mal@s nak makan dan sebagainya.

"Alhamdulillah juga, sekarang dah tak munt@h-munt@h dah," kata Puteri yang berkahwin dengan Firdaus pada November 2021 dan difahamkan, dia dijangka bakal bersalin pada pertengahan April depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: