"Saya ada mas@lah buah pinggang, ada tum0r dan doktor sahkan itu adalah kans£r tetapi Ahamdulillah dikesan lebih awal.
"Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergag@p-gag@p, dia kata, 'This is very suspicious' dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibu@ng kerana ada tum0r.
"Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa 'waktu' saya dah nak habis, macam gel@p sekejap," kongsi penyanyi rock, Datuk Awie menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio.
Dalam temu bual itu, Awie mendedahkan bahawa dia pernah disahkan menghidap kans£r buah pinggang tahap awal tiga tahun yang lalu hingga terpaksa menjalani pemb£dahan.
Kata Awie, ketika doktor memaklumkan mengenai keadaannya itu, dia tergam@m sehingga merasakan dunianya gel@p seketika.
Tambahnya lagi, dia pada awalnya enggan membuat pemb£dahan, namun selepas dipujuk oleh isterinya, dia akhirnya melakukan pembuangan tum0r itu.
Kongsi Awie lagi, pemb£dahan terbabit berjaya mengeluarkan tum0r berukuran 2.7 sentimeter dan dia masih memerlukan pemeriksaan berkala.
"Memang saya term£nung agak lama selepas disarankan bu@ng buah pinggang yang terj£jas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain.
"Lalu dia cadangkan saya ke sebuah hospital dengan meminta saya bertemu seorang pakar yang menyatakan peratusan saya menghidap kans£r adalah sebanyak 95 peratus.
"Selepas empat bulan, akhirnya saya setuju melakukan pemb£dahan membu@ng tum0r tersebut atas pujukan isteri," jelas Awie.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment