Malam tadi, program the Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, di sini, telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan pemilik kostum Bunga Matahari iaitu penyanyi Stacy sebagai juara.
Dalam pentas akhir itu, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, menyanyikan dua buah lagu iaitu 'Lathi' nyanyian Genius ft Sara Fajira dan lagu ciptaannya, 'Cinta' yang dipopularkan Marsha Milan sehingga meraih markah tertinggi daripada juri.
Bagi tempat kedua pula diduduki oleh pempengaruh dan pelawak Namie yang menyarungkan kostum Mat Helang.
Manakala, pelawak dan pengacara Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil berpuas hati di tempat ketiga.
Kedudukan tempat keempat dan kelima disandang penyanyi kelahiran Ceria Popstar, Adinda Tasya yang memakai kostum Biskut Aiskrim dan penyanyi Nabila Razali (Teratai).
Klik untuk gambar besar
Rancangan yang bersiaran selama 10 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.
Sembilan selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Hun Haqeem (Roti John), Datuk Yusry Abdul Halim (Musang), Noki (Bawang Putih) dan Azan Ruffege (Abang Jagung).
Selain itu, Amelina (Pom Pom Kin), Daiyan Trisha (Ikan Emas), Rashidi Ishak (Putera Katak), Soo Wincci (Kak Cat) serta Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi).
TMSM merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment