30 March 2024

"ALHAMDULILLAH, GEMBIRA UNTUK AWAK... KERJA ELOK-ELOK" - ADIRA DOAKAN TERBAIK BUAT DATUK RED



"Alhamdulillah, gembira untuk awak. Semua yang baik-baik untuk awak. Dekat sini selalu doa yang terbaik. Kerja elok-elok."
Itulah tulis penyanyi Adira Suhaimi, 32, yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila melihat suaminya, Datuk Red mula ditawarkan pekerjaan daripada pelbagai pihak menerusi perkongsian video di media sosial.

Dalam hantaran tersebut yang dimuat naik di Instagram, Adira turut berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya itu agar segala urusan dipermudahkan.

Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, menerusi di TikTok sebelum ini telah berkongsi mengenai dirinya ditawarkan pekerjaan menjadi model untuk gedung pakaian terkemuka.

Selain dari menjadi model, Datuk Red turut mendapat tawaran pekerjaan dari jenama produk makanan kambing perap popular.

Terdahulu, Datuk Red juga mendedahkan dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara anak-anaknya selepas diisyt1harkan mufl1s sejak lima tahun lalu.

Pada masa sama, Datuk Red juga memberitahu, dia sudah beberapa tahun hidup dit@nggung dua isteri kerana men@nggung hut@ng mencecah jutaan ringgit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: