24 March 2024

BERSYUKUR BARANG KEMAS RM2.1 JUTA BERJAYA DITEMUI - KAK KM PUJI KECEKAPAN POLIS, RANCANG PINDAH RUMAH



"Pertama sekali saya bersyukur Allah pulangkan kembali hasil titik peluh saya. Lepas tu nombor dua tahniah PDRM, mereka memang hebat dan terbaik. Dalam masa 24 jam dapat tangk@p penjen@yah dan selang tiga hari dah jumpa balik barang-barang yang hilang."

"Alhamdulillah, Allah kembalikan semula sebahagian daripada apa yang dir0mpak itu. Pihak polis masih lagi mencari hasil rompakan lain dan saya harap, prosesnya dipermudahkan memandangkan susp£k sudah ditah@n.

"Apapun, saya nak ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya memberkas kesemua suspek yang disyaki, dalam masa 24 jam selepas kejadian."

Demikian ujar usahawan sens@si, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM, 43, yang mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berikutan rumah dip£cah masuk pada 4 Mac lalu sehingga mengal@mi kerugian RM3.5 juta.

Menerusi kenyataan itu juga, Kak KM meluahkan rasa syukur apabila barangannya yang dir0mpak itu ditemui semula serta memuji tindakan pantas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Kak KM ketika dihubungi memberitahu, dia dimaklumkan mengenai penemuan sebahagian barang kemas dan peti besi miliknya di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

Menurut usahawan itu lagi, penemuan barangan hasil r0mpakan yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta itu membawa harapan untuknya mendapatkan semula semua barang berharga miliknya mencecah nilai RM3.5 juta yang dir0mpak pada 3 Mac lalu itu.

"Pihak berkuasa maklumkan, selepas siasatan dijalankan, susp£k mengaku bahawa dia adalah pengikut saya di media sosial dan pernah konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk dan sebagainya," tuturnya.

Sementara itu, Kak KM memaklumkan, demi kesel@matannya dan keluarga, dia akan berpindah ke banglo lain selepas ini, namun tidak akan menjual banglo yang dip£cah masuk itu.

"Saya akan berpindah ke banglo lain yang saya dah beli sejak tiga tahun lalu. Tapi, banglo sekarang saya takkan jual, sebaliknya saya akan tukar beberapa bahagian seperti tingkap dan pintu, dan kemudian ubah suai menjadi pejabat.

Klik untuk gambar besar

"Selain itu, saya akan tingkatkan lebih ciri-ciri kesel@matan kepada kediaman dan berh@ti-h@ti selepas ini kepada orang yang tidak dikenali.

"Selepas kejadian ini, saya memang tak berani lagi nak 'pegang' duit banyak-banyak," jelas Kak KM sambil menafikan dakwaan netizen yang mendakwa, dia tidak menyimpan wang dan barang kemas di bank kerana ingin 'lari' daripada membayar cuk@i.

Berkongsi mengenai kejadian p£cah rumah di Padang Balang, Sentul itu, Kak KM bersyukur kerana anaknya, Faris yang pada awalnya tidak mahu mengikuti keluarga ke Konsert Rock Legenda Berzaman bersetuju untuk turut serta.

"Sebenarnya, ketika hari kejadian iaitu 3 Mac, saya berada di Konsert Rock Legenda Berzaman yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

"Awalnya, anak saya, Faris tak mahu ikut sebab dia nak mengulang kaji pelajaran di rumah memandangkan pada ketika itu, dia nak menduduki peperiksaan.

"Dua minggu juga saya pujuk Faris supaya ikut kami sekeluarga ke konsert itu. Mujurlah dia setuju untuk ikut. Bayangkan, kalau dia berada di rumah ketika kejadian r0mpakan itu berlaku," katanya.

Berhubung kejadian itu, Kak KM berkata, dia mengambil pengajaran diatas apa yang berlaku, serta menitipkan pesanan kepada mereka diluar sana agar bersabar dan percaya dengan rezeki Allah.

"Saya boleh kata orang luar hanya tahu kec@m saja tapi saya nak bagi tahu untuk orang lain jangan ris@u kalau itu rezeki yang halal hasil titik peluh kita Insya-Allah akan dapat balik," ujarnya.

Terdahulu, kesemua barangan tersebut dianggarkan bernilai RM3.5 juta berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: