30 March 2024

BILA DATUK RED KONGSI DETIK AWAL PERKENALANNYA DENGAN ADIRA - AJAK KAHWIN LEPAS DUA MINGGU KENAL



Menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Datuk Red telah berkongsikan detik awal perkenalannya dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi pada tahun 2015.
Datuk Red yang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama Adira itu berkongsi, dia berkenalan dengan isteri keduanya itu ketika dia mengusahakan syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman.

"Saya dulu buat syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman dan waktu itu dapat 'job' di Sarawak bernilai RM20,000 dan penganjur waktu itu minta untuk saya bawakan artis.

"Jadi para pekerja saya cadang untuk ambil Adira sebagai penyanyi jemputan tapi kami tak mampu dengan bajet itu sebab kami juga perlu bawa lagi beberapa artis. Bincang punya bincang jadi kami pun setuju untuk 'offer' kakak Adira iaitu Emma dan 'event' tu pun berjalan lancar.

"Bila balik ke semenanjung kami pun lepak dengan Emma di sebuah restoran mamak tapi Adira tak ada, jadi saya pun minta pekerja saya untuk pelawa Adira 'join' kami sekali," katanya.

Kongsi Datuk Red lagi, mereka berdua bertukar nombor telefon untuk mudah berurusan sebelum dia memb£ranikan diri mengajak Adira untuk berkahwin, selepas kira-kira dua minggu berhubung.

"Saya muda masa itu, ot@k pula 'gil@-gil@' terus saya hantar satu mesej pada Adira, 'You, kita kahwin jom?'. Selamba ja saya hantar mesej itu. Adira pun balas, 'Eh you bukan ada isteri ke? Macam mana dengan isteri you?'.

"Saya pun jujur kata yang saya ada isteri dan dia baru lepas bersalin. Selepas sehari dua macam itu, Adira balas mesej saya sekali lagi mengatakan dia setuju dengan lamaran saya," ujarnya.

Tambah Datuk Red lagi, dia ada bertanyakan soalan mengapa Adira menerima lamarannya dan bersetuju untuk menjadi isteri kedua.

"Bila kami dah nak kahwin, saya tanya pada dia kenapa dia nak kahwin dengan saya? Adira jawab sepanjang dia berada dalam industri hiburan, dia sudah mengenali dengan ramai lelaki terutamanya lelaki yang dah kahwin.

"Adira kata, kebanyakkan orang yang dah kahwin bila tanya kenapa nak kahwin dengan dia, mereka mesti akan memburvkkan isteri pertama hanya semata untuk memperisterikan dia.

"Lepas itu Adira cakap dia pilih dan terima saya sebab saya jujur tak macam itu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: