30 March 2024

BERANSUR PULIH - ISTERI YUSOF HASLAM LUAH RASA SYUKUR DAPAT LALUI BULAN RAMADAN TAHUN INI DENGAN BAIK



"Alhamdulillah, tahun ini kesihatan saya lebih baik. Boleh hadir banyak acara bersama dengan Datuk. Tahun lepas saya memang berkurung di rumah dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, tahun ini saya gembira balik."
Demikian tutur isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail yang berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang kini beransur pulih, selain meluahkan kesyukuran dapat melalui bulan Ramadan tahun ini dengan baik.

Jelasnya, dia juga tidak lagi duduk di rumah dan mampu menemani suaminya itu menghadiri jemputan terutama acara-acara berbuka puasa.

Dalam pada itu, Patimah turut ditanya mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, dimana dia memberitahu, Aidilfitri tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran cucu-cucu yang akan pulang ke rumahnya.

"Cucu-cucu selalu balik. Anak-anak Syamsul, selalu balik rumah saya. Setiap minggu cuti sekolah mereka datang. Begitu juga Puteri Sarah," katanya.

Sementara itu, suami Patimah pula berkata, dia mengharapkan orang ramai supaya mendoakan yang baik-baik dan berharap apa yang berlaku sebagai satu uj1an.

"Insya-Allah mudah mudahan. Dengan menyambut Aidilfitri, segalanya berjalan dengan baik. Apa pun semangat juang kena kuat.

"Perjuangan dalam kehidupan kena teruskan selagi kita sihat. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekur@ngan datang daripada kita," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: