30 March 2024

KHABAR ANGIN BAKAL NAIK PELAMIN - ZUL ARIFFIN BERI BAYANGAN BERLANGSUNG HUJUNG TAHUN?



"Perancangan berkahwin pertengahan tahun memang tidak sebab selalunya hujung tahun. Tiada sebarang persediaan sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini."
Ujar pelakon Zul Ariffin, 38, yang mengesahkan khabar angin mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, dimana dia berkata, sudah tiba masanya untuk dia bergelar sebagai suami kepada wanita pilihannya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai wanita berjaya menambat hatinya, Zul bagaimanapun memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu dan akan berkongsikan identiti wanita tersebut apabila sudah tiba masanya.

"Tak boleh nak kongsikan, macam keterlaluan pulak. Saya tidak mahu dilihat sekadar cakap 'kosong' tapi saya cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu tangguh lama-lama," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: