25 March 2024

DAH MAKIN SIHAT - JALIL HAMID TERHARU BERLAKON IKLAN KOMERSIAL HARI RAYA



Selepas sudah dua tahun lebih tidak memperoleh tawaran lakonan, pelakon veteran Jalil Hamid, 66, meluahkan rasa terharu apabila mendapat tawaran berlakon iklan komersial baru-baru ini.
Meskipun sudah agak lama tidak muncul di televisyen, Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid berkata, dia sangat mensyukuri rezeki itu kerana dirinya masih diingati.

"Alhamdulillah saya sudah beransur pulih dan sihat. Baru-baru ini, saya dapat tawaran kerja buat iklan. Ramai yang rasa kehilangan nak tengok saya di TV kot.

"Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Itu rezeki daripadaNya, Alhamdulillah. Saya rasa tak terkata, orang masih ingat saya," katanya yang membintangi iklan raya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tahun ini.

Kata Jalil lagi, sepanjang tempoh dua tahun tidak bekerja, dia ada juga dihubungi untuk tawaran berlakon, namun tiada rezekinya apabila tidak dipanggil.

"Dua tahun lebih tak ada tawaran (berlakon). Barangkali orang ingat saya sudah tidak boleh buat. Ada juga yang hubungi kadang-kadang tapi selepas itu senyap. Agaknya sebab ingat saya s@kit, tak boleh nak ambil tawaran.

"Artis ini bergantung pada kerja, ada kerja, ada gaji. Keperluan bolehlah dit@nggung. Tapi kalau tak ada, pandai-pandailah nak hidup. Alhamdulillah saya boleh buat, tak ada mas@lah. Saya boleh jalankan kerja lagi," tuturnya

Tambahnya, dia sentiasa terbuka menerima tawaran dan berharap ada rezekinya dipanggil produksi lakonan, memandangkan kesihatan semakin membaik sekarang

"Kadang-kadang rasa kurang selesa nak ceritakan. Kalau tak ada kerja, keperluan hidup itu akan jadi mas@lah. Cuma guna simpanan apa ada. Bukannya menyimpan banyak, tapi yang terdaya ikut pendapatan-pendapatan biasa.

"Kalau barangkali berlanjutan terus, susahlah. Saya tak s@nggup untuk merayu pada siapa pun. Kalau boleh el@kkan ke situlah (merayu) sebab sekarang saya pun sudah sihat.

"Kepada penerbit-penerbit yang masih ingat saya, mungkin mereka rasa saya sudah berubah. Sudah tidak kuat. Terserah, kalau ada rezeki, adalah," ujarnya.

Terdahalu, artis versatil ini disahkan mengal@mi mas@lah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang pada Mac tahun lalu dan banyak menghabiskan masa berehat di rumah selepas itu untuk pulih.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: