"Alhamdulillah, saya dikurniakan kesihatan yang baik dan masih larat memasak juadah berbuka untuk Ubai dan keluarga kecil kami dalam keadaan sarat mengandung ketika ini.
"Sebab sebelum ini, sambutan Ramadan saya berbeza kerana bekerja dan berada di perantauan. Tetapi, kali ini cukup bermakna kerana ada suami di sisi."
Demikian kata penyanyi Shila Amzah, 34, yang kini sarat mengandung trimester ketiga, selain berkongsi rasa gembira dan amat bersyukur kerana dapat berbuka serta bersahur bersama suami, Ubai Zulkefli, 26, dan anaknya pada Ramadan kali ini.
Kedatangan Ramadan kali ini cukup bermakna buat Shila dan suaminya itu kerana tahun pertama menyambutnya sebagai pasangan suami isteri.
Berbicara lanjut mengenai Ramadan lagi, Shila memberitahu, setakat ini, dia memang memasak sendiri juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga di rumah.
"Ubai pula tidak cer£wet dan makan apa saja juadah yang saya masak dan selalunya satu atau dua lauk sudah memadai kerana hanya kami berdua yang berpuasa. Antara menu berbuka kegemaran Ubai ialah Ayam Masak Kicap yang selalu disediakan arwah ibunya dulu.
"Kalau kami berbuka di rumah keluarga Ubai pun, adik-beradiknya juga sangat ringkas apabila satu dan dua lauk pun sudah cukup," ujar Shila yang turut berkongsi menu sahur, dimana Ubai menyukai makanan yang berasaskan roti seperti Roti Bom.
"Ada roti yang kita beli jenis 'frozen' dan disimpan dalam peti sejuk, selain Ubai juga suka makan nasi ketika bersahur. Tapi Ubai makan apa saja lauk yang dimasak dan ia memudahkan saya untuk menyediakannya dalam keadaan sarat mengandung ini," tuturnya.
Ditanya mengenai kunjungan ke bazar Ramadan, Shila memaklumkan, lokasi bazar kegemarannya dan Ubai ialah di Taman Medan, Petaling Jaya.
"Kami sudah berkunjung ke bazar itu sejak zaman bercinta lagi. Seronoknya, bazar itu sangat panjang dan menjual pelbagai juadah lazat terutama kuih-muih untuk berbuka dan kalau terlambat memang tak ada rezekilah sebab cepat habis.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shila bagaimanapun berkata, doktor menasihatkannya supaya tidak berpuasa untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan.
"Saya sebenarnya tidak digalakkan berpuasa kerana bacaan tekanan darah rendah serta boleh menyebabkan pening hingga pengsan dan bah@yakan kandungan.
"Apatah lagi, keadaan perut juga semakin membesar dan saya pun selalu termeng@h-meng@h. Jadi, saya kini sudah reda untuk bayar fidyah dan ganti puasa selepas ini," jelasnya
Ditanya pula mengenai anak sulungnya, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun, Shila berkata, dia juga meluangkan banyak masa untuk permata hatinya itu pada Ramadan ini.
"Saya memang ambil peluang pada bulan mulia ini untuk beribadah dan luangkan banyak masa dengan keluarga terutama Seth yang tidak lama lagi akan dapat adik.
"Pada masa sama, saya juga mendidiknya mengenai ibadah puasa dan sebagainya," tutur penyanyi itu yang juga berkongsi kenangan Ramadan yang sukar dilupakan apabila sempat beraya dan mengenali ahli keluarga Ubai di Temerloh, Pahang sebelum ini.
"Antara kenangan manis, arwah ibu mentua juga dapat merasa juadah rendang hasil masakan air tangan saya ketika itu," katanya yang sudah menyiapkan baju raya untuk mereka sekeluarga lebih awal sejak sebelum Ramadan lagi ketika ditanya mengenai persiapan Aidilfitri.
"Baju raya kami pun dua pasang saja kerana saya tahu memang tidak akan keluar rumah sangat dalam keadaan sarat mengandung ini. Ditambah, nak duduk lama dalam kereta pun tak boleh.
"Kuih raya pula, beli saja sebab saya tak pandai buat kuih dan kita beli 'kuih tunjuk-tunjuk' sudahlah, sebab kami pun akan beraya di Kuala Lumpur saja bersama ahli keluarga Ubai pada tahun ini," ujanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, berkongsi, pada mulanya dia menyangka sudah tiba masa untuk bersalin kerana mengal@mi kes@kitan ketika menaiki motosikal ke bazar Ramadan bersama suaminya.
"Sumpah, saya rasa dah bersalin minggu lalu. Selamat sampai bazar Ramadan menaiki motor, cuma nak bergegas balik ke rumah sebab dah mula rasa nak bersalin.
"Setakat ini, usia kandungan saya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka bersalin pada awal raya Aidilfitri nanti. Jadi, apabila usia kandungan ketika ini makin sarat membuatkan saya malas untuk berkongsi sebarang perkembangan di media sosial," katanya.
Pada masa sama, Shila memberitahu, dia juga berasa gem£ntar menanti saat kelahiran kerana dijangka akan bersalin secara normal.
"Saya teruja tetapi pada masa sama gem£ntar kerana kali ini akan bersalin secara normal selepas pembedahan ketika bersalin anak pertama, Seth dulu. Tolong doakan saya.
"Kehamilan kali ini agak tegang untuk saya. Siapa yang kata k0ntraksi itu tak s@kit? (Masya-Allah, tiada perkataan untuk menggambarkannya). Namun, Ramadan ini sangat peribadi dan saya menikmati setiap detiknya bersama keluarga kecil saya," tuturnya.
Untuk makluman, Shila mendirikan rumah tangga dengan pemp£ngaruh media sosial, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 4 Ogos tahun lalu.
Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment