09 March 2024

ISU ALIFF AZIZ DITANGK4P KHALW4T - BELLA ASTILLAH S£BAK, MASIH TERK£JUT



"Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan tentang benda tu. Kalau boleh beri ruang pada Bella. Mungkin benda ni masih terk£jut lagi."

Demikian kata adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah menerusi temu bual bersama Melodi, dimana dia meminta memberi ruang kepada kakaknya itu yang masih terk£jut dengan kejadian melibatkan suaminya, Aliff Aziz.

Ketika ditemui, Bella yang mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Aliff itu dilihat s£bak apabila ditanya mengenai isu suaminya yang kini sedang hangat diperkatakan.

Didi sebelum ini mengesahkan abang iparnya yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon itu ditangkap berkhalw@t dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Pengu@tkuasaannya di lokasi dua selebriti ditahan malam tadi.

Klik untuk gambar besar

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Jawi berkata, sias@tan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disy@ki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesal@han Jen@yah Sy@riah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

"Satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Pengu@tkuasaan Jawi di lokasi susulan aduan awam yang diterima.

"Sias@tan lanjut dilakukan terhadap susp£k atau OYDS di bawah peruntukan Akta Kesal@han Jen@yah Sy@riah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat)," katanya, hari ini.

Terdahulu, Jawi terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pelakon wanita itu enggan membuka pintu.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu mem£cahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: