11 March 2024

PUTERI SARAH KATA BANYAK PERKARA LAMP4U INGIN DIPERB4IKI JIKA DAPAT DIUNDURKAN WAKTU



Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, berkata dia mahu memb@iki banyak perkara jika dapat diundurkan waktu.
Menurutnya lagi, ketika dilimpahi kemewahan dan berada di puncak, kehidupannya tidak mempunyai tujuan.

"Jika dapat diundurkan waktu, ada banyak perkara yang ingin diperb@iki. Tapi kalau diberi pilihan satu, ia adalah gaya hidup.

"Dulu walaupun banyak duit tapi tiada arah tujuan. Sekarang saya bersyukur masih dilimpahkan dengan kemewahan cuma bezanya saya dapat rasakan keberkatan.

"Malah, dulu tak tahu nak buat apa dengan duit tapi sekarang kalau ada duit perkara pertama sekali saya akan utamakan ialah anak-anak," kata Puteri Sarah.

Berkongsi perkara tersebut menerusi SYOK Podcast Confession Bilik Gelap musim keempat, baru-baru ini, Puteri Sarah turut mendedahkan, sebelum ini, wang yang diperolehi dirasakan seperti tidak cukup.

"Dulu rasa seperti tidak pernah cukup. Duit hanya untuk bersuka ria. Untuk diri sendiri tak fikir apa. Tiada komitm£n.

"Sekarang saya sudah mempunyai komitm£n dan wang diperolehi rasa lebih berkat. Apabila tengok ibu bapa saya gembira, baru saya rasa seperti anak, ibu dan manusia berguna," ujarnya.

Pada masa sama, Puteri Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana buat pertama kali dapat membawa kedua ibu bapanya bercuti menggunakan pendapatan yang diperoleh atas usahanya sendiri.

"Masa muda bila dapat duit berlakon hanya 'enj0y' untuk diri sendiri sebab fikir ibu bapa sudah ada wang mereka sendiri.

"Tujuan saya sekarang adalah menggembirakan Syaikhul dan Sumayyah dan ibu bapa saya. Macam baru-baru ini saya bawa keluarga pergi bercuti.

"Itu adalah kali pertama saya bawa mereka bercuti menggunakan wang daripada hasil titik p£luh sendiri," tutur yang juga ahli perniagaan.

Untuk makluman, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, sebelum bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan itu, Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7 dan Summayah, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: