30 March 2024

REZEKI MENCURAH-CURAH - DATUK RED KINI DAPAT JOB DARI JENAMA KAMBING PERAP POPULAR SELEPAS JADI MODEL BAJU RAYA



Nampaknya rezeki Datuk Red kini semakin mencurah-curah selepas tular video di TikTok dia mencari kerja.
Selepas dipanggil menjadi model untuk baju raya jenama terkenal dan turut diberi rezeki baju raya buat keluarganya, kini Datuk berkongsikan video terbaru, dimana dia telah menerima kerja daripada jenama kampung perap popular.

Melihat pada video itu, Datuk Red dibawa ke ke lokasi perniagaan dan tempat jenama terb@bit menyimpan stok kambing perap.

Dalam pada itu, menerusi kapsyen pula, Datuk Red meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh jenama tersebut untuk mencari pendapatan.

Perkongsian Datuk Red mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira dengan rezeki diperolehnya.

Disamping itu, ada juga yang kagum dengan suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi itu yang tidak m@lu untuk bangkit selepas j@tuh.

Bukan itu sahaja, ramai meninggalkan komen mengatakan bahawa Datuk Red pernah menghulurkan bantuan kepada mereka ketika berada dalam kesus@han sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: