28 March 2024

"SAYA JANJI AKAN JADI ANAK YANG BAIK... MUMMY ADALAH INSAN YANG HEBAT" - BELLA ASTILLAH SEBAK DENGAR KATA-KATA ANAK LELAKI



Anak sulung kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Mohd Ayden Adrean, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai dan mengund@ng rasa sebak dalam kalangan netizen apabila dia berjanji akan menjadi anak yang baik, selain menyifatkan ibunya itu seorang insan terbaik.
"Saya janji akan jadi anak yang baik sebab saya cintakan awak (Ibu). Mummy adalah insan yang hebat," kata Ayden menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini.

Dalam masa sama, Bella yang menitiskan air mata selepas mendengar ata-kata anak lelakinya itu turut berharap dan berdoa agar kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara Adreanna menjadi anak yang baik, selain mampu menjaganya nanti.

"Ayden adalah seorang abang yang penyayang, penyabar dan selalu mengal@h dengan adiknya. Bella harap dan berdoa semoga Ayden dan Ara menjadi insan yang baik serta mendengar cakap saya.

"Ayden jaga mummy nanti okey," tutur Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31.

Menerusi video berdurasi lebih empat minit itu, Bella dan dua anaknya ini menjawab beberapa pertanyaan yang diberikan.

Bagaimanapun jawapan sp0ntan Ayden terhadap ibunya itu membuatkan ramai pihak berasa sedih dan mendoakan agar anak-anaknya dapat menjaga Bella dengan baik.

Sebelum ini, Bella memberitahu kedua-dua anaknya iti masih belum mengetahui mengenai kem£lut rumah tangga yang dihad@pinya dengan suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ketika ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: