22 March 2024

SEBAK ANAK GADIS DAH MASUK 'ALAM DEWASA' - PERKONGSIAN SHUIB TERIMA PELBAGAI REAKSI



Pelawak dan usahawan, Shuib menerusi muak naik terbaru di Instagram ada berkongsikan anak gadisnya iaitu Dzakira Talita Zahra sudah pun 'melangkah ke alam dewasa' sebelum berbuka semalam.
Dalam video yang dikongsikan yang mendapat pelbagai reaksi, Shuib dilihat sebak sambil menangis apabila satu-satunya anak perempuannya itu sudah menjadi anak dara dan momen tetsebut akan dikenang sampai bila-bila.

Dalam pada itu, Shuib turut mendoakan agar anak perempuannya itu menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat.

Selain itu, Shuib dalam masa sama juga bertanyakan adakah dirinya saja yang sedih dan menangis apabila anaknya melalui fasa tersebut atau ada bapa-bapa lain diluar sana sama sepertinya.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sedih melihat momen berkenaan, apatah lagi apabila anak itu sudah meningkat dewasa, maka timbul perasaan mereka akan semakin jauh dan suatu hari akan ada kehidupan sendiri.

Selain itu, ada juga yang mempers0alkan tindakan pelawak berkenaan berkongsi perkara tersebut kepada umum.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: