23 March 2024

ZALIF SIDEK UMUM ISTERI HAMIL ANAK KEDUA : "ALHAMDULILLAH, MAMI & BAYI SIHAT & NAK MASUK TRIMESTER KETIGA"



"Bismillah. Jumaat (semalam) yang barakah dengan pengumuman ini. Moga dipermudahkan segalanya. Amin. Maaf saudara mara, sahabat handai dan media sebelum ini kita el@k-el@k nak beritahu."
Demikian tulis pelakon Zalif Sidek yang berkongsi berita bahagia, dimana dia bakal menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan isteri, Anis Marzuki.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Zalif yang sebelum ini mengelak untuk berkongsi mengenai perkara ini memohon agar segalanya dipermudahkan.

Hampir melangkah ke trimester ketiga, isteri Zalif meluahkan rasa syukur atas anugerah Allah ini kepada keluarga kecil mereka.

"Makan perancang untuk c£gah daripada mengandung dalam waktu terdekat. Tapi, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Subhanallah.

"Tak dirancang. Tak dijangka. Mami dan daddy sama-sama menangis terk£jut dan terk£jut sebab tak sangka secepat ini Allah hadirkan malaikat kecil sekali lagi dalam rahim mami dan seterusnya menaikkan pangkat Inara menjadi seorang kakak.

"Alhamdulillah, mami dan bayi sihat dan nak masuk trimester ketiga. Kakak Yaya (Inara) pun Alhamdulillah gembiralah kot nak dapat adik sebab kejap-kejap, dia cium perut mami dan panggil baby'.

"Semoga perjuangan ini selamat hingga ke akhirnya. Doakan mami dan adik Yaya sihat dan selamat sehingga melahirkan, ya," katanya.

Untuk makluman, Zalif dan Anis berkahwin pada 26 Februari 2022 dan dikurniakan cahaya mata pertama diberi nama Wan Nur Aaliya Inara yang dilahirkan pada 17 Januari 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: