23 March 2024

"BOLEH PUASA & SOLAT SUNAT TARAWIH SEPERTI BIASA" - ANAK CONNIE JELAS IBUNYA MAKIN PULIH, MASIH BERGANTUNG UBAT SERTA RAWATAN SUSULAN



Anak tunggal kepada pelakon popular era 1980-an, Norlida Ahmad atau Connie, 65, iaitu Ally Marisha memberitahu, walaupun beransur pulih, ibunya itu masih lagi mengambil ubat dari doktor dan mengadakan pemeriksaan susulan di hospital.
"Alhamdulillah, keadaan kesihatan ummi semakin pulih dan boleh mengerjakan ibadah puasa dan solat sunat tarawih seperti biasa.

"Setakat ini, kesihatan ummi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Sepanjang tempoh pemulihan dulu, memang saya yang menjaga ummi kerana dia tinggal dengan saya.

"Tapi sekarang, ummi sudah sihat dan boleh mengurus dirinya sendiri," jelas Ally yang mengulas aktiviti ketika Ramadan, dimana selain beribadah, ibunya juga akan memasak juadah untuk berbuka di rumah dan turut menjual biskut Raya.

"Selalunya ummi akan masak nasi berlauk untuk juadah berbuka. Antara menu kegemarannya ialah Ikan Masak Asam Pedas. Ada kalanya, saya yang masak selain itu, kami juga turut berbuka di rumah emak saudara.

"Kalau sahur, ummi akan ambil makanan yang ringan saja seperti roti sandwic, air soya dan kurma," kata Ally atau nama sebenarnya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 25.

Terdahulu, Connie dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan selama sebulan pada Ogos tahun lalu kerana mengalami mas@lah buah pinggang bernan@h serta j@ngkitan kum@n pada paru-paru dan dar@h.

Bagaimanapun, selepas 10 hari pulang ke rumah, Connie dimasukkan semula ke hospital untuk menjalani pemb£dahan membuang nan@h kali kedua di sekeliling buah pinggangnya sebanyak 400 mililiter.

Sebelum itu, pada 2018 pula, Connie juga dilaporkan pernah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya kerana tek@nan dar@h rendah dan j@ngkitan kuman pada buah pinggang hingga lumpvh separuh badan.

Sepanjang pembabitan dalam karier seninya dulu, Connie pernah berlakon dalam beberapa filem seperti 'Tujuh Biang Keladi', 'Bujang Lapok Kembali Daa', 'Suara Kekasih', 'Mar@h-Mar@h Sayang', 'Dendang Remaja' dan 'Guru Badul'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: