22 March 2024
SHAKILLA KHORIRI : "UMI PERCAYA DADDY AMEENA JAGA AMEENA THE BEST"
"Umi pun tengok update pasal Ameena dekat Instagram daddy dia je. Other than that Umi tak tahu sebab takde update pun. Hopefully Ameena OK and sekolah macam biasa. Inshallah. Umi percaya daddy Ameena jaga Ameena THE BEST."
Demikian tulis pelakon Shakilla Khoriri menerusi satu perkongsian di Instagram, dimana dia dilihat ada berkongsikan perkembangan mengenai anak tunggalnya, Ameena Sofia selepas ramai bertanyakan berikutan tiada kemas kini mengenai anaknya.
Jelas Shakilla, dia juga tidak mengetahui sama ada anak perempuannya itu okay atau tidak kerana Ameena kini bersama bekas suaminya, Fizi Ali sejak Jumaat lalu.
Tambahnya lagi, sepatutnya semalam anaknya itu pulang namun dia memberi peluang untuk Ameena bersama dengan bapanya sehingga Jumaat ini.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, dia melihat perkembangan Ameena menerusi Instagram Fizi, selain berharap anaknya itu dalam keadaan baik.
Bukan itu sahaja, malah Shakilla juga percaya bekas suaminya itu menjaga Ameena dengan baik.
Disamping itu, Shakilla turut memohon orang ramai supaya mendoakan agar perjalanannya, Ameena dan Fizi semakin baik walaupun masing-masing kini menjalani kehidupan sendiri.
"Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni terutama Ameena Sofia kami," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment