11 March 2024
TELEFON RAMLI MS - ALYAH AKUI TAK PERNAH PERIKSA, SERAH KEPADA ALLAH
"Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada.
"Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk saya. Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu.
"Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya. Malah, saya juga memang tidak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu."
Demikian akui penyanyi Datin Alyah, 43, yang mendedahkan, dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit milik suaminya yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS sepanjang sedekad usia perkahwinan mereka.
Kata Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, dia selesa menyerahkan segala urusan rumah tangganya itu kepada Allah dengan banyak berdoa memohon perlindungan Yang Esa.
Dalam pada itu, Alyah turut ditanya media berhubung tindakannya sama ada sering memantau aktiviti suami atau tidak berikutan Ramli MS yang sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita sebagai konduktor muzik terkenal.
Jelas Alyah, sebagai isteri, pastinya akan selalu dilindungi Allah sekiranya diani@ya kerana doa orang terani@ya akan dimakbulkan.
Selain itu, Alyah berkata, dia amat bersyukur sehingga kini rumah tangganya dan Ramli MS tidak berhad@pan mas@lah.
Untuk makluman, penyanyi lagu 'Tak Mungkin Kerna Sayang' dan 'Jutaan Purnama' ini mendirikan rumah tangga dengan Ramli MS yang berasal dari Singapura itu pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment