25 March 2024

TITIP UCAPAN SEMPENA HARI LAHIR ANAK SULUNG - NORMAN HAKIM BERHARAP DIA & DANISH JADI 'RAKAN BAIK SELAMANYA'



"Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah," tutur pelakon Norman Hakim, 48, yang menyifatkan anaknya sulungnya, Mohamed Danish Hakim sebagai 'rakan baik' dan menjadi tempat dia berkongsi rahsia serta mengh@rungi dug@an dan cab@ran bersama.
Norman berkata demikian sempena ulang tahun kelahiran anak lelaki dan dalam masa sama turut menitipkan ucapan penuh bermakna menerusi video yang di muat naik malam semalam.

"Tempoh 21 tahun yang membahagiakan. Papa tak sangka yang satu hari kita boleh jadi 'rakan baik selamanya' dan berkongsi segala rahsia, sus@h dan senang bersama," katanya.

Dalam pada itu, Norman juga memohon maaf kepada Danish atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepadanya.

"Tolong maafkan papa andai ada khil@f papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami, mama, mummy, abah dan adik-beradik semua ke syurga Insya-Allah," ujarnya.

Keakraban dua beranak itu bukan lagi rahsia apabila mereka yang mempunyai minat sama, sering berkongsi video bersenam di gimnasium berdua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: