06 April 2024

BERJAYA KHATAM AL QURAN JUMAAT TERAKHIR RAMADAN DI TANAH SUCI - FOUZIAH GOUS LUAH RASA SYUKUR



"Hadiah al-Quran dari Tok Sayang (Naziah Sharudin) yang balik dari Mekah Januari lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah selesai khatam di Ramadhan."
Demikian tulis pelakon dan usahawan, Fouziah Gous yang meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan di Tanah Suci.

Fouziah yang berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan Al-Quran yang digunakan adalah hadiah daripada insan istimewa yang baru pulang dari Mekah pada Januari lalu.

Sementara itu, Fouziah turut mengucapkan terima kasih di atas pemberian Al-Quran berkenaan.

"Terima kasih Tok, semoga segala kebaikan Allah berikan pada Tok. Terima kasih, Ya Allah. Khatam Ramadan dengan izin Allah SWT," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: