30 April 2024

DIN SEARCH TOLAK DAKWAAN KETIADAAN DENDEN KERANA SUDAH 'DEM4ND' : "MUNGKIN DIA LEBIH TAHU APA YANG DIA NAK"



"Soal dem@nd itu perkara biasa, tapi saya tak ber@ni cakap lebih-lebih. Mungkin dia lebih tahu apa yang dia nak. Kalau betul dia 'dem@nd' atas sebab apa?
"Setiap kali ke sini kami sediakan 'butl£r' dan pemandu untuk dia, dalam soal bayaran pula, banyak mana kami dapat kami akan kongsi bersama. Sekalipun pun kami tak ketepikan dia."

Demikian jelas kumpulan Search yang menolak dakwaan ketiadaan penyanyi dari Indonesia Denden Gonjalez pada Konsert Search Gemuruh yang bakal berlangsung pada 29 Jun depan di Zepp Kuala Lumpur berpunca kerana penyanyi itu sudah bersikap 'demand' dalam soal bayaran.

Kata Din, selaku pemain gitar Search, dia tidak ber@ni untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal itu kerana setiap kali kehadiran Denden di Malaysia, pihaknya sentiasa memberi layanan terbaik.

Dalam pada itu, Din juga ingin men£gaskan Search tidak pernah menetapkan pendirian mana-mana anggota Search ketika ini sebenarnya adalah anggota kekal dan menafikan sek£ras-k£rasnya mereka bermas@m muka.

"Saya ingat sejak dahulu lagi saya sudah nyatakan bahawa 'line up' yang ada ini bukanlah kekal.

"Malah pernah wartawan bertanyakan saya dahulu (sewaktu penubuhan Search dengan Denden) kenapa tak ambil penyanyi lokal dan saya pernah jawab bahawa saya mungkin akan mengambil vokalis tempatan tapi bukan waktu itu.

"Persahabatan kami okay saja tiada sebarang mas@lah, saya faham ada komen kata kami ada mas@lah dalaman. Selepas konsert kami di Johor Bahru tahun lalu, kami sangat okay dan gembira.

"Saya ada dengar juga cerita kon0n kami ada masalah dalaman, tapi kalau betul Denden ada masalah, dia boleh selesaikan dengan kami kerana kami yang jaga dia," katanya.

Selain itu, Din turut mengulas mengenai ketiadaan pemain bass undangan Yan dan ketidakpu@san hati jurutera bunyi Rahmad Kamikaze apabila konsert anjuran Big Stage Entertainment Channel dengan kerjasama MyMuzik Sendiri Entertainment itu memilih Kuzai sebagai jurutera bunyi.

"Orang luar tak tahu yang urusan pemilihan pemuzik dan lain-lain bukan kuasa kami. Kami hanya boleh cadangkan dan terpulang pada penganjur nak pilih siapa.

"Kali ini penganjur awal-awal lagi beritahu mereka nak juru bunyi sama seperti konsert di Rooftop tempoh hari, jadi kami akur saja.

"Kalau Rahmad kata saya t1pu dia, tunjukkan bukti terperinci bila saya janji dengan dia. Saya memang tak ada tawar apa-apa, tapi ada berbual hal konsert.

"Kalau boleh memang kami nak tolong kawan-kawan tapi kuasa tidak berada di tangan kami," tuturnya.

Konsert Search Gemuruh akan menampilkan Kid dan Din bersama Min (dram) dan Rozaimie (pemain bass Barbarik sebagai Sessionist) serta Amir Masdi sebagai penyanyi undangan.

Segmen persembahan khas pula akan menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl (X Factor Indonesia).

Keseluruhan konsert dijangka mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit dengan persembahan 16 lagu tanpa henti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: