15 April 2024
HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA BAKAL TIMANG ANAK KETIGA?
Susulan hantaran foto terbaharu di akaun Instagram baru-baru ini, penampilan pelakon Hanis Zalikha telah mencuri perhatian ramai apabila didakwa sedang hamil anak ketiga.
Menerusi foto yang dimuat naik, suaminya yang juga pelakon, Hairul Azreen dilihat meletakkan tangan pada perut isterinya itu, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Malah dalam beberapa foto yang dimuat naik, kelihatan seperti 'baby bump' dan ia menerima pelbagai komen daripada peminat.
Bagaimanapun, Hanis yang ketika ini sedang berada di Maldives bersama suami dan kedua anaknya itu tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut.
Sebaliknya, Hanis menerusi hantaran di Instagram Story telah memb@ngkitkan persoalan mengenai posisi tangan suaminya itu yang begitu menarik perhatian ramai.
"Kenapa suami suka 'p0sing' pegang perut bikin sens@si ek," tulis Hanis.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti sudah mula mengucapkan tahniah, meskipun Hanis tidak memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin kehamilannya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment