15 April 2024

REDA ADIK DIJEMPUT ILAHI - HATTAN TAK SANGKA TAHUN INI ADIK DIKEBUMIKAN SEBELAH IBU



Takziah diucapkan kepada penyanyi Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin atas pemergian adik lelakinya, Mohd Hatta Shahabuddin yang menghembuskan nafas terakhir pada semalam.
Hattan yang masih berduk@ dengan pemergian arwah adiknya itu meluahkan rasa terkil@n kerana tidak dapat berada di sisi adiknya kerana sudah pulang ke ibu kota sehari sebelum itu.

"Tahun lalu pada bulan puasa arwah tanam bunga di pusara arwah ibu, siapa sangka tahun ini arwah dikebumikan bersebelahan kubur ibu.

"Saya reda dengan pemergian arwah adik, namun arwah pergi pada bulan baik iaitu hari raya kelima. Arwah memang mempunyai mas@lah jantung namun masih terkawal dan tidak mengal@mi sebarang simpt0m sebelum itu.

"Pemergian arwah adalah secara meng£jut. Apa yang berl@ku adalah sebagai asbab kem@tian. Kami adik-beradik memang saling bersatu dan tidak berg@duh, jadi pemergian arwah satu kehilangan besar dalam keluarga.

"Sekitar jam 3.50 petang, arwah termunt@h dan itu merupakan hembusan nafas terakhirnya," kata Hattan yang turut menyifatkan arwah adiknya itu sebagai tulang belakang di sebalik perniagaan yang diusahakan di mana arwah adalah akauntan yang menguruskan kewangannya.

"Kereta arwah pun masih lagi berada di bawah, tempat yang dia 'park' pun belum berubah lagi. Tahun lalu ketika bulan Ramadan, arwah menanam bunga pada pusara arwah ibu dan semalam dikebumikan selepas Zuhur bersebelahan pusara ibu.

"Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti, Negeri Sembilan dan solat jenazah diimamkan oleh anak tunggal arwah yang berusia 17 tahun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang soleh dan beriman," tutur penyanyi lagu 'Rendang Tak Berbuah' itu.

Sebelum ini, berita duk@ mengenai pemergian adik lelaki Hattan dikongsikan oleh rakan terdekat menerusi paparan yang dimuat naik di Facebook.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: