29 April 2024
ISTERI KATA SEMANGAT ALI XPDC SANGAT KUAT UNTUK SEMBUH : "KESIHATAN SUAMI SEMAKIN BAIK & DIA SUDAH BOLEH BERJALAN TANPA BANTUAN KERUSI RODA"
Isteri kepada penyanyi, Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, telah meluahkan rasa syukur kesihatan suaminya itu kini semakin sembuh selepas keluar dari hospital, sejak seminggu lalu.
Jelas Sharifah Azuwanna lagi, suaminya itu juga mahu kembali menyanyi selepas seminggu keluar dari hospital dan berehat di rumah.
"Alhamdulillah, semangat suami sangat kuat untuk sembuh. Dia juga sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi di karaoke semalam.
"Kesihatan suami semakin baik dan dia sudah boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda. Kalau setakat menyanyi satu atau dua lagu secara santai dan sambil duduk tu sudah bolehlah," katanya.
Sementara itu, mengenai membuat persembahan lagi, kata Sharifah Azuwanna, suaminya juga merancang untuk kembali menjayakan persembahan bersama kumpulan XPDC.
"Suami beritahu dia mahu segera sembuh kerana mahu kembali buat persembahan bersama kumpulan XPDC.
"Saya bersyukur dengan peningkatan tahap kesihatan suami kerana dia sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi ketika berlatih di karaoke.
"Namun, buat masa ini, suami belum memiliki keupayaan dari segi stamina untuk buat persembahan di konsert lagi," tuturnya
Dalam pada itu, ditanya pula tahap kesihatan Ali, Sharifah Azuwanna memberitahu, suaminya itu perlu menjalani rawatan susulan memb@bitkan mas@lah jantungnya yang b£ngkak di klinik nuklear, Hospital Putrajaya, pagi esok.
"Mas@lah paru-paru berair sudah okay selepas doktor beri ubat untuk lawas kencing. Cuma rawatan susulan di hospital nanti untuk merawat mas@lah jantung b£ngkak sahaja lagi.
"Suami juga dijadualkan buat rawatan susulan mengenai mas@lah jantung b£ngkak itu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Ogos nanti," jelasnya.
Terdahulu, Ali dikejarkan ke wad kecem@san, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi jam 11 pagi tanggal 18 April lalu.
Ali mengal@mi s£sak nafas ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment