12 April 2024
ISTERI PERGI SEHARI SEBELUM AIDILFITRI - UMARUL IKLIM REDA
"Saya pasrah kepada ketentuan Allah dalam apa saja bentuk. Tak kiralah sama ada diambil nyawa isteri saya tapi jauh di sudut hati saya, minta kesembuhan kerana sepanjang 20 tahun berkahwin, 10 tahun dia merana sakit, memanglah kita rasa.
"Tak dinafikan semua orang nak rasa kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi di akhirat. Jadi, saya fikir mungkin bahagian saya di alam perkahwinan setakat itu saja Allah bagi. Saya reda apabila isteri sudah pergi."
Demikian tutur pemain gitar kumpulan Iklim, Umarul Mahdzar Embong, 58, yang reda dengan pemergian isterinya, Roziah Rani, 59, yang meninggal dunia sehari sebelum Aidilfitri lalu.
Difahamkan, Roziah yang menghidap angin ahmar, masalah buah pinggang dan buta kedua-dua mata itu meninggal dunia di rumah mereka di Kajang, Selangor.
Umarul ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dapat menguruskan jenazah isterinya dari awal sehingga dikebumikan pada hari yang sama.
Dalam pada itu, Umarul memberitahu, Isnin lalu, doktor memaklumkan organ dalaman isterinya daripada buah pinggang dan sebagainya sudah tidak berfungsi lagi.
"Doktor hubungi saya beritahu isteri mungkin tiada harapan lagi untuk hidup kerana banyak kum@n sudah mer£bak seluruh organ. Jadi, saya pun beritahu doktor minta dilepaskan supaya dapat pulang ke rumah.
"Saya nak bawa dia balik ke rumah biar dia dapat ketenangan sama ada dia hidup atau mati. Biarlah dia di depan mata saya supaya senang nak memantau dia. Biar semua saudara-mara dapat menatap pemergiannya.
"Sejam selepas dibawa ke rumah, tiba-tiba dalam keadaan k0ma itu, anak saudara, Yaya beritahu tiba-tiba tangan isteri terangkat. Saya pun terus meluru pegang tangan dia secara sp0ntan dan terus bisikan kalimah tauhid, selawat dan al-Fatihah," jelasnya.
Umarul dalam masa sama turut berpesan kepada isterinya agar mengikut dalam hati. Selepas itu, seorang rakannya yang berada di situ memberitahu terdengar bunyi seakan berdetup dari mulut ataupun dada isterinya. Mereka kemudian mendapati nadi isterinya sudah tidak bergerak.
"Saya baru lafazkan ayat-ayat dan suruh dia ikut dalam hati dan dapati air matanya melel£h. Saya juga cium dahinya. Selepas disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba kira-kira jam 2.45 petang, saya buat keputusan nak kebumikan pada hari itu juga. Kalau boleh, sebelum berbuka pada hari terakhir Ramadan.
"Secara spontan semuanya berlaku sangat cepat dan tak diduga kerana ketika itu semua orang dah bercuti balik kampung untuk sambut Aidilfitri. Namun, ia jadi sangat mudah.
"Barangkali ia anugerah Allah yang menentukan. Bonus untuknya kerana selama 10 tahun dia mend£rita s@kit, dia sangat reda dengan apa yang dihad@pi.
"Jadi saya rasa sangat mudah uruskan dia dan saya sendiri turun ke liang lahat untuk hantar dia malam itu selepas Isyak, diiringi dengan takbir raya. Itu yang sangat mengharukan saya," ujar Umarul yang berkata, perasaannya terasa seakan kosong selepas pengebumian isterinya.
"Lapang dada saya seolah-olah saya dah tunaikan satu tugas yang amat b£rat mengiringi jasad isteri saya ke liang lahad untuk kali terakhir.
"Saya rasa Allah bagi satu ketenangan, kenikmatan yang amat besar. Segala-galanya berjalan sangat mudah dan lancar. Alhamdulillah kesedihan diganti dengan kebahagiaan dan kemuliaan yang Allah berikan," katanya.
Terdahulu, Allahyarham Roziah yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) akib@t buta dan angin ahmar itu dimasukkan ke Hospital Kajang pada 27 Januari lalu.
Ia selepas Umarul dikejarkan ke hospital berkenaan pada hari yang sama akib@t s£sak nafas yang serius, namun dibenarkan keluar pada Khamis berikutnya selepas keadaannya stabil.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment