24 April 2024

KEKASIH BEKAS SUAMI, AZRI ISKANDAR YANG BERSTATUS DATUK - ELLIE SURIATY AKHIRNYA BERJUMPA



"You are so very beautiful inside out my dear @datonoora.kay. I am so happy for Azri Iskandar, may Allah SWT permudahkan segala urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbalallamin."

Demikian tulis pelakon Ellie Suriaty yang akhirnya berjumpa dengan kekasih bekas suaminya, pelakon Azri Iskandar yang bergelar Datuk dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Ellie yang berkongsi perkara itu menerusi Insta Story, menyifatkan kekasih Azri seorang yang mempunyai kecantikan luaran serta dalaman serta mendoakan urusan mereka ke fasa seterusnya dipermudahkan.

Sementara itu, menerusi Instagram Noora pula, dia turut berkongsi video perjumpaan mereka sekeluarga serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Klik untuk gambar besar

"Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta'ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.

"Terima kasih kepada Kak Ell dan kawan baik saya, Datuk Ayu. I love you both until Jannah Allah SWT," katanya.

Tahun lalu, Azri mendedahkan dia dengan wanita misteri dikenali sebagai Dr Azra sudah tidak berjumpa sejak lebih setahun lalu dan hubungan mereka semakin r£nggang, selain berkata, dia kini sedang berkawan dengan wanita lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: