24 April 2024
PERMOHONAN CERAI - DATUK RED RAYU DUA ISTERI TARIK BALIK
"Kepada kedua isteri, saya tahu sebelum ini mereka lalui banyak cab@ran dan dug@an. Kesedihan mereka melebihi kegembiraan bila bersama saya, itu diakui. Alhamdulillah, saya masih bernyawa dan sihat. Bagi saya peluang sekali lagi. Kali ini saja, tariklah permohonan cerai itu.
"Bagi saya jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak-anak. Insya-Allah, saya akan cuba berl@ku adil dan menjadi suami yang baik. Apabila saya berjaya nanti, saya nak kedua-kedua sayap saya ini ada bersama saya. Itu yang saya harap sangat. Jadi, tariklah.
"Untuk anak-anak, saya dah cuba selamatkan rumah tangga ini. Kalau memang perceraian terjadi juga, saya harap anak-anak pun kuat t£mpuh. Cuma pesan saya, teruskan tanggungjawab sebagai anak, hormat orang tua, dan doa saya sentiasa mengiringi kejayaan mereka."
Itulah rayu usahawan, Datuk Red yang mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim (Datin Red) dan isteri kedua, penyanyi Adira Suhaimi menarik balik permohonan cerai mereka.
Keputusan memb@bitkan perkahwinan Datuk Red dengan Adira bakal diketahui hari ini menerusi proses hakam selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Mac lalu gag@l disepakati, manakala keputusan k£s bersama isteri pertama bakal diketahui pada Jun depan.
Dalam pada itu, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 46, menjelaskan, dia sentiasa berusaha untuk mempertah@nkan perkahwinan dibina, selain tidak henti memujuk.
"Macam Adira dia fail cerai tahun lalu. Dari saat itu saya cuba pujuk semula sampai tarikh akhir 24 April ini. Saya merayu, pujuk dan berserah pada Allah. Dia terima pujukan atau tak kena tunggu keputusan esok.
"Sebenarnya, selagi boleh diselamatkan, saya cuba selamatkan. Saya mengenang dah ada empat anak dengan Adira. Itu satu peng0rbanan untuk anak-anak saya. Tapi itulah, macam orang kata, jika kita tak boleh nak bagi kebahagiaan kepada isteri-isteri, jangan bagi mereka mend£rita.
"Macam dengan Adira pun, selepas dia balik umrah, saya tak tanya soal nak tarik permohonan cerai atau tak. Saya biarkan saja dan kami jalankan kehidupan macam biasa. Biarlah ia berakhir dengan air mata kegembiraan. Itu yang saya nanti," ujarnya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima anak.
Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan pertama itu, dia dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment