10 April 2024

"MUNGKIN YANG TERAKHIR, SAYA PUN TAK TAHU..." - DATUK RED BERAYA DENGAN ADIRA DI KUCHING



"Aidilfitri tahun ini buat saya rasa seperti hidup semula. Selepas macam-macam dug@an dan kehidupan jadi sur@m, memang saya cukup pakai, tiadalah beraya mewah-mewah. Tapi, ini semangat saya untuk melangkah ke fasa seterusnya."
Demikian tutur Datuk Red yang tersentuh dengan setiap sokongan diraihnya kebelakangan ini selepas pendedahan hidupnya dirundvng kesus@han.

Akui Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, Aidilfitri kali ini memang besar maknanya dan banyak hikmah.

Selain itu, Datuk Red turut memberitahu, dia akan menikmati detik-detik indah menyambut hari raya bersama keluarga isteri keduanya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi, selepas lima tahun tidak meraikan hari pertama Aidilfitri bersama.

Dalam pada itu, Datuk Red juga bimb@ng ia akan menjadi Aidilfitri terakhirnya bersama Adira.

"Adira sudah belikan tiket penerbangan untuk saya ke Kuching. Abang dan kakaknya ada di sana. Tahun ini mereka buat sedikit kelainan, emak mereka pun datang beraya di Kuching. Kalau tak ada aral melintang, malam ini saya berlepas ke sana.

"Saya akan berada di sana hingga hari raya kedua sebab Adira akan mengerjakan umrah, Ahad ini. Semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya tak beraya dengan Adira sebab kalau tak balik kampung, dia suruh saya meraikan hari raya pertama bersama isteri pertama.

"Itu yang saya tak sabar. Sus@h nak cakap, mungkin yang terakhir, saya pun tak tahu kan. Saya akan 'all 0ut' luang masa dengan anak-anak terutamanya. Lagipun keluarga Adira memang sangat beri sokongan terutamanya ibu mentua. Mereka memang menunggu kehadiran saya," ujarnya.

Sementara itu, Datuk Red berkata, semangatnya kini semakin melangit untuk bangkit kembali. Malah, dia sudah ada perancangan terbaik untuk dirinya selepas Aidilfitri untuk memperbaiki semula kehidupannya.

"Sejak kisah saya tular, saya dapatlah kumpul sedikit modal. Macamana pun, saya kena mulakan perniagaan atas usaha saya sendiri. Tidaklah banyak tapi cukuplah nak mulakan selepas Aidilfitri nanti. Saya akan mulakan koleksi pakaian sebagai perniagaan sendirilah," katanya.

Sebelum ini, Datuk Red ada berkongsi, dimana dia terus berdoa kepada Allah agar berl@ku keajaiban dalam menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina bersama dua isterinya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim (Datin Red ) dan Adira.

Terdahulu, Datuk Red dan Adira menjadi perhatian netizen di media sosial apabila kedua-duanya muncul bersama dalam siaran langsung di TikT0k kerana Adira membantu memprom0si jualan kuih raya suaminya itu.

Kemesraan dilihat secara semula jadi pasangan suami isteri itu yang dianggap 'bukan dibuat-buat' menyebabkan rata-rata netizen mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan, sekali gus tidak jadi bercerai.

Pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Adira dan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang difahamkan gag@l apabila Adira tetap mahu bercerai.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: